PENGIKUT BLOG NOTY

Blog Noty~Cool: Karya Seni Dengan Cawan Kopi

Posted by Blog Noty On Monday, March 12, 2012 Comments
Sebelum ini pihak blognoty telah mengeluarkan entri mengenai seni pada secawan kopi rujuk disini ,kali ini pula kita akan melihat karya seni dengan menggunakan cawan kopi.

Berdasarkan laporan ianya adalah hasil seni seorang gadis yang berasal dari Malaysia,ia telah dipamerkan di satu pameran di Shanghai dan menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat yang cintakan seni.








sumber
READ MORE

Blog Noty~Berita: Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang

Posted by Blog Noty On Comments


SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.

Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.





sumber
READ MORE

Blog Noty~Cool:Coklat Bar Terbesar Di Dunia

Posted by Blog Noty On Comments
Bar Coklat yang terbesar didunia.Buku Guinness Rekod diperakui yang 9702 paun (4.410 kilogram).Ia telah dibuat oleh kilang Candy Grand dan mengandungi semua bahan-bahan semula jadi,termasuk 70 jisim koko.Pemilik kilang Karen Vardanyan,berkata bahawa coklat telah dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke 10 syarikat itu









sumber
READ MORE

Blog Noty~WTF:Burger Hitam Versi Darth Vedor

Posted by Blog Noty On Saturday, March 10, 2012 Comments
Baru-baru ini restoran makanan segera dari Perancis telah memperkenalkan burger versi Darth Vedor yang diambil sempena filem Star Wars.Burger ini menggunakan roti hitam sepenuhnya menunjukkan tentang karekter yang dibawa oleh aktor dalam filem Star Wars tersebut.









sumber
READ MORE

Blog Noty~Cool:Gambar Lisa Surihani dan Yusry Honeymoon

Posted by Blog Noty On Comments
Mesti ramai yang nak lihat gambar honeymoon dua merpati sejoli, Lisa Surihani dan Yusry kan. Memang sungguh mengasyikkan, dan tak ramai juga berkecainya hati-hati lelaki yang diluar sana yang melihat gambar ini. Hehe. Apa-apa pun jom kita lihat dulu perkongsian gambar Lisa ini kepada peminatnya di Malaysia.








sumber
READ MORE

Blog Noty~Cool:Koleksi Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia

Posted by Blog Noty On Friday, March 9, 2012 Comments

Jom tengok koleksi-koleksi kad pengenalan bekas-bekas pemimpin negara suatu ketika dahulu.Serius cool.




Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj



Tun Abdul Razak



Tun Hussein Onn



Tun Mahathir Mohamad




Tun Abdullah Ahmad Badawi




sumber
READ MORE

Blog Noty~Cool:Seni Pada Secawan Kopi

Posted by Blog Noty On Thursday, March 8, 2012 Comments
Adakah anda pernah melihat cerita Korea Cofee Prince?jika pernah tentu akan kagum dengan cara hidangan cofee yang disediakan dalam cerita tersebut.Kali ini kita akan lihat beberapa cawan cofee yang disediakan dalam pelbagai bentuk dan hiasan.Jom terjah.







sumber
READ MORE